Program Klik Dengan Bijak (KDB)
26 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2015, satu program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Pusat Internet (PI) Serasot. Program ini dijalankan atas kerjasama dari pihak PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh dan PI Stungkor Baru. Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dikalangan pengguna internet. Program dimulakan dengan penyampaian ceramah KDB yang merangkumi topik-topik seperti oversharing, kesahihan maklumat, dan buli siber . Disamping itu, tayangan video pendek tentang panduan keselamatan melayari internet serta aktiviti permainan KDB seperti "Action Kamen", "Sifir Bijak" dan "Cap Kalicap" turut diselitkan dalam program ini bagi memudahkan pemahaman para peserta.Program PI Bersama Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Daerah Bau, Sarawak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: